Pinjaman Buku Rak Terbuka Secara Dalam Talian

Assalamualaikum and greetings
Bermula pada 21 Jun 2020, pengguna Perpustakaan Hamdan Tahir boleh memohon untuk mendapatkan buku-buku yang ingin dipinjam secara dalam talian. Selepas itu cuma datang ke kaunter perpustakaan untuk dapatkan buku tersebut dan boleh terus meminjam!
Borang permohonan dalam talian ini boleh digunakan oleh semua pengguna Perpustakaan Hamdan Tahir (PHT) yang ingin meminjam buku Koleksi Rak Terbuka . Ini merupakan satu inisiatif PHT bagi mengurangkan masa pencarian buku oleh pengguna perpustakaan dan memudahkan proses pinjaman buku. Ianya selaras dengan Prosedur Standard Operasi (SOP) Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Perpustakaan Universiti Sains Malaysia yang menetapkan pengguna untuk berada tidak lebih dari 3 Jam di dalam premis Perpustakaan.
Boleh isi borang di sini https://forms.gle/9Mc19h49x25JxXRj9
 
atau Scan QR Code dalam Poster dibawah
 
rakterbuka