• stop3
  • PHS
  • makluman
  • makluman12
  • qrpay
  • reaserch
  • youtube1
  • online
  • pulang
  • berisiri
  • pamdai
  • 1bapostpone f78f02125e
  • maya
  • tutup
  • Click for more information
  • Click for more information
  • Click for more information
  • Click for more information
  • Click for more information
  • Click for more information
  • Click for more information
  • Click for more information
  • Click for more information
  • Click for more information
  • Click for more information
  • Click for more information
  • Click for more information

KRISALIS

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN
PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

PERPUSTAKAAN HAMDAN TAHIR

1. Perpustakaan Hamdan Tahir akan dibuka pada waktu pejabat sahaja.

2. Semua pengguna akan disaring suhu badan dengan menggunakan non- contact thermal screening di pintu masuk utama Perpustakaan. Pengguna yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5oC tidak dibenarkan masuk ke Perpustakaan dan diminta merujuk ke Klinik Warga Staf atau Hospital.

3. Bilangan pengguna yang masuk ke Perpustakaan juga dihadkan kepada 100 orang sahaja pada satu masa dengan tidak melebihi 3 jam.

4. Cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) perlu digunakan setiap kali memasuki Perpustakaan. Hand sanitizer disediakan di beberapa tempat utama seperti di meja kawalan pintu masuk dan di kaunter.

5. Pengguna diwajibkan untuk mengimbas kad matrik menggunakan e-Gate sebelum masuk dan semasa keluar Perpustakaan untuk kawalan dan pemantauan pihak Perpustakaan.

6. Semua pengguna diwajibkan memakai pelitup hidung dan mulut (face mask) sepanjang masa berada di Perpustakaan dan pengguna perlu membawa topeng muka kepunyaan sendiri.

7. Kemudahan loker disediakan namun hanya empat orang sahaja dibenarkan berada di ruangan loker pada satu masa bagi memastikan penjarakan sosial terjaga.

8. Kaunter Rujukan ditutup sementara iaitu kekal menggunakan kemudahan Web Online Chat, email dan saluran sosial media seperti semasa PKP (namun tertakluk kepada bentuk pertanyaan atau permasalahan pengguna).

9. Pengguna diminta membuat pinjaman dan pemulangan bahan bercetak mengunakan mesin layan diri (Librex Point) dan memperbaharui pinjaman secara talian. Pemulangan bahan juga boleh dilakukan melalui Kotak Pemulangan Buku di pintu hadapan Perpustakaan.

10. Semua permohonan atau pertanyaan rujukan oleh pengguna hanya akan dilaksanakan melalui atas talian (web online chat), telefon, e-mel, dan Web-OPAC.

11. Semua Kelas Pendidikan Pengguna dan Sokongan Penyelidikan akan dilaksanakan secara dalam talian dan rundingan secara bersemuka (face to face) juga dihentikan sementara. Aktiviti e-rundingan akan dijalankan bagi memenuhi keperluan pengguna.

12. Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (buku) akan dihentikan dan perkhidmatan Perbekalan Dokumen hanya dalam bentuk e-artikel sahaja dibenarkan melalui e-mel.

13. Semua ruang dan kemudahan untuk pengguna akan ditandakan dalam jarak 1 meter sebagaimana berikut:

• Meja bacaan untuk 4 orang dihadkan kepada 2 orang sahaja. Kerusi yang selebihnya akan ditandakan X supaya tidak digunakan.

• Kedudukan meja akan ditandakan dalam jarak lebih 1 meter.

• Ruang santai akan disusun semula dengan ditandakan dalam jarak 1 meter antara satu sama lain.

• Bilik Perbincangan dan Makmal Komputer akan ditutup sementara waktu. (Sekiranya keperluan mendesak setiap meja akan ditandakan dalam jarak 1 meter)

• Jarak beratur untuk pengguna akan ditandakan di hadapan Kaunter Sirkulasi iaitu jarak 1 meter antara satu sama lain dan dihadkan untuk 3 orang sahaja dalam satu masa.

• Penggunaan rak dihadkan kepada seorang sahaja untuk setiap barisan rak. Jarak pengguna yang menggunakan rak akan dipantau untuk memastikan jarak 1 meter dipatuhi.

14. Semua pengguna tidak dibenarkan untuk mengadakan perbincangan secara berkumpulan yang melebihi 3 orang. Sekiranya perlu, susunan ikut penjarakan fizikal iaitu sekurang-kuranganya 1 meter antara satu sama lain perlu dipatuhi.

15. Pengguna tidak dibenarkan menggunakan semua permainan dalaman yang disediakan di Perkhidmatan Media sehingga keadalan pulih sepenuhnya.


ENGLISH

GUIDELINES FOR LIBRARY USE
POST MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO)

PERPUSTAKAAN HAMDAN TAHIR

1. Hamdan Tahir Library will be open during office hours only.

2. All users will be screened by using non-contact thermal screening at the main entrance of the Library. Users with a body temperature above 37.5oC are not allowed into the Library and will be requested to refer to the Staff Clinic or Hospital.

3. The number of users entering the Library is also limited to 100 people at a time for no more than 3 hours.

4. Hand sanitizer should be used every time you enter the Library. Hand sanitizer will be provided in several key areas such as at the entrance control desk and at the counter.

5. Users are required to scan the matric card using the e-Gate system before entering and exiting the Library for control and monitoring by the Library.

6. All users are required to wear face masks while at the Library and users must bring their own face masks.

7. Locker facilities are provided but only four persons are allowed to be in the locker room facility at a time to ensure social distancing is maintained.

8. The Reference Counter is temporarily closed and users are required to interact using the Web Online Chat facility, email and social media channels such as during the MCO (subject to user inquiries or concerns).

9. Borrowing and returning of printed materials must be conducted using the self-check machine (Librex Point) and renew the loan online. Returning of borrowed materials is also allowed using the Bookdrop Service available at the Library entrance.

10. All user requests or referrals will only be executed online (web online chat), telephone, e-mail, and Web-OPAC.

11. All classes of User Education and Research Support will be conducted online and face-to-face consultation is also suspended. An e-consultation activity will be conducted to meet the needs of users.

12. Inter-Library Loan Services (Books) will be discontinued and the Document Delivery service will be in the form of e-articles only via email.

13. All user space and facilities will be marked within 1 meter as follows:

• Reading table for 4 people is limited to 2 people only. The remaining chairs will be marked X for use.• The table position will be marked within 1 meter.• The lounge will be rearranged by being marked within 1 meter of each other.

• The Discussion Room and Computer Lab will be temporarily closed. (In case of urgent need each table will be marked within 1 meter.)

• The queue for users will be marked in front of the Circulation Counter which is 1 meter apart from each other and limited to 3 people at a time.• The use of shelves is limited to one per line shelf. The user's distance using the shelf will be monitored to ensure       that the 1 meter distance is adhered to.

14. All users are not allowed to have group discussions of more than 3 people. If necessary, the order of physical incarceration of at least 1 meter of each other should be followed.

15. Users are not allowed to use all internal games provided on the Media Services until full recovery has been made.